 | Laman Komuniti.....Semarak Budaya Ilmu | Jun 9, 2008 |
Perpustakaan Desa Bukit Merah terletak di Kg Bukit merah Padang Pulut, Dungun Terengganu. Lokasinya adalah di tingkat bawah bangunan Balai raya Kg Bukit Merah. Perpustakaan ini ditubuhkan pada tahun 2005. PERKHIDMATAN termasuk Pinjaman bahan, Kemudahan komputer, Internet, Rujukan, Printing dan Scanning. KOLEKSI BAHAN ILMU yang terdapat di PD Bukit Merah termasuk: Buku ilmiah - Buku fiksyen dan novel - Kamus Ensiklopedia - Buku rujukan akademik (UPSR, PMR, SPM dan STPM) - Majalah - Surat khabar |  | Adik2 kini sudah semakin berdikari dan kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti mereka di perpustakaan..... |
|  | Kreatif: Ulat Pelangi...hee Aktif: Banner 'KAMI SAYANG RASULULLAH S.A.W'
|
|  | Aktiviti rutin setiap hari sabtu... sebenarnya saya tak fikir apa-apa aktiviti sabtu ini, ingat nak cuba buat muka sardin supaya budak2 tak perasan hari ini adalah hari sabtu..haha... tapi bila dah makin ramai, lepas sorang-sorang bertanya dan merengek, terpaksa la fikirkan jugak nak buat ape...hee...
Jadi adik2, kita menjahit hari ini... jahit beg, supaya senang nak bawak balik buku yang adik2 pinjam dari PD, ok ^_^
Satu yang paling pening semasa buat aktiviti ini adalah, terpaksa bersengkang mata untuk cucuk benang pada jarum dan awasi betul2 dimana adik-adik ni letak jarum. Maklum sajalah pesertanya tak terbatas, yang paling kecil (sekadar tengok dan lalu lalang) berumur 4 tahun...
Objektif aktiviti ni untuk ajar kanak-kanak kemahiran asas dalam hidup ni, iaitu menjahit. Secara explicitnya untuk mengasah daya tumpuan dan mengembangkan daya kreativiti kanak-kanak. Dengan menjahit, kanak-kanak akan belajar untuk mendengar arahan dengan teliti, belajar menerima maklumat dengan cara melihat atau menteladani, belajar menterjemahkan pengetahuan mereka secara praktikal.
Juga cara mudah untuk mengajar kanak2 tentang nilai2 murni- i) mengawal diri untuk sabar (walaupun jari tercucuk jarum, tunggu giliran untuk dilayan/didengari,gangguan kawan2...hee), ii) fokus dengan pilihan yang dibuat/difikirkan iii) tolong -menolong iv) berkongsi (pendapat, peralatan, idea, kemahiran... kegembiraan..^_^)
dll.
Hasilnya juga menarik dan tidak saya sangka sedikit pun. Adik2 terus menjahit sehingga ke petang, mereka dah lupa bahawa menjahit itu susah dan membosankan! Mereka bukan saja dah jahit beg, tapi jahit apron tanpa saya suruh. Kreativiti mereka berkembang, minat dah tertanam, kemahiran dah meningkat, kerjasama mereka sangat mengkagumkan!
Adik2 juga menggunakan beg mereka untuk mengisi buku yang dipinjam... dan juga memakai apron comel mereka... hee...
|
 | Boneka | Jan 15, '11 10:05 PM for everyone |
cerita, skrip, lakonan, suara latar, set, krew sokongan, 100% adalah kanak-kanak ahli PD... idea aktiviti pun dari mereka! Saya? cuma disuruh duduk dan gelak...hehe
Download this and other original video files with Multiply Premium.nyanyi............
Download this and other original video files with Multiply Premium. |  | Perpustakaan Gedung Ilmu... Terokailah..... |
 | Kami | Oct 3, '10 4:21 AM for everyone |
|  | Dalam aktiviti Celik Jawi kali ini, kami masukkan lebih banyak sekmen iaitu membaca buku cerita jawi, mengeja tulisan jawi mudah dan sukar dan menulis, dengan objektif supaya permainan lebih cepat memberi kesan kepada para peserta. Alhamdulillah dihujung aktiviti ramai yang berkomentari; " tak sangka, jawi ni best!" ... rasa berbunga dalam hati... =) Kreatif: topeng pula adalah aktiviti yang tak termasuk dalam jadual. sebab ramai sangat yang merengek nak aktiviti... jadi its happen... seperti biasa suruh kanak-kanak ni melukis, potong dan tolong diorang ikatkan tali riben... dah siap. aktiviti ni boleh lengahkan diorang daripada minta aktiviti lagi, sebab budak-budak mengambil masa yang lama untuk melukis, puas hati dengan lukisan yang dilukis, memotong, mengikat tali, dan diorang juga akan leka bermain dengan topeng itu.... heee... |
|  | Kreatif: Warnakan bintang2 tu, potong & tampal pada tali riben, yang besar kat atas, yang kecik dibawah... Kalau ade bajet lebih (klu ade laa..ader ker warga PD?? hee) boleh guna kertas bling2 atau gam yang ade perada kilat2 ye...lagi lawa, boleh gantung kat siling, pintu/tingkap or dinding...slamat mencuba, Seronok! =) gambar bintang yang dah siap belum transfer lagi dari hp...coming soon la tu, insyaAllah... Book Hunter: bahagikan kumpulan budak2 ni, serahkan risalah tugasan yang diorang perlu buat (sediakan awal2 lagi la). Antara tugasannya, senaraikan 10 buku dengan call no. 500, bagi call.no, suruh diorang cari buku tersebut, cari majalah, cari maklumat di Blog PD, dan etc... tapi kena la redha bahawa selepas aktiviti ni PD akan jadi tunggang langgang...hee... takpe laa, kan ke ramai orang kate kita takde kerja nak dibuat di PD? jadi cari la kerja k! |
|  | Letih Mewarna buah-buahan... tapi cantik hasilnya... |
| Category: | Books | | Genre: | Parenting & Families | | Author: | Dr. Ariza Mohamad |
Ulasan oleh Pn.Norazliza bt Zaukepeli (Juara NILAM kategori Dewasa 2009) Buku ini mesti dimiliki oleh setiap pasangan yang sedang menanti cahaya mata pada masa hadapan. Mengapa perlu dimiliki buku ini? - Mudah difahami kerana disampaikan dalam bentuk soal jawab - Sesuai dengan situasi yang dihadapi oleh ibu-ibu di Malaysia - Jawapan yang ringkas dan tepat - Merangkumi semua peringkat dari awal kandungan sehingga kelahiran dan selepas bersalin - ditulis oleh seseorang yang pakar dalam bidang perbidanan & sakit puan. |  | Disampaikan oleh Ustaz Mohd Ridhuan, Pen Peg Yayasan Islam Dungun dengan membawakan tajuk Nuzul al-Quran. Penyampaian ilmu dari ustaz adalah amat menyenangkan, menyeluruh, tepat pada tajuk yang diberi, santai tetapi penuh spirit dakwah. Sedikit mendukacitakan adalah kehadiran hari ini jauh menurun dari siri kuliyyah pertama. Ribuan terima kasih kepada al fadhil ustaz yang sudi berkongsi ilmu dan berukhwah dengan penduduk disini... |
|  | Ustaz Ahmad Fadluldin bin Mohd merupakan Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Insan, Yayasan Islam Terengganu. Kuliyyah I membawa tajuk "Kedatangan Bulan Ramadhan". Alhamdulillah kehadiran amat memuaskan, penyampaian kuliyyah oleh Ustaz Fadluldin juga amat baik walaupun tanpa PA system. Terima kasih kepada semua pihak yg sudi menjayakan majlis ilmu ini. semoga majlis kita ini juga dihadiri oleh para malaikat yang mendoakan keberkatan dan rahmat Allah utk kita semua. insyaAllah |
 | Coret- coret | |
 | Terima kasih ^_^ smoga Allah Redha |
 | tahniah, semoga lebih maju |
 | RAKAN PD...TAHNIAH. SELAMAT MAJU JAYA |
 | Terima kasih, moga bermanfaat... |
 | banyak info aktivitinya .. tahniah ! |
 | TERIMA KASIH ATAS SAMBUTAN DAN KECERIAAN ADIK-ADIK pada aktiviti-aktiviti PD sepanjang cuti sekolah Disember 2009!!!
Selamat Kembali semula ke Sekolah...
Jangan Lupa Temu Janji kita setiap Sabtu, ok! |
 | saya minta maaf..berlaku kesilapan invite..saya fikirkan pd kg bukit merah ini di negeri perak rupa2nya di terengganu. blog multiply ini kami hanya gunakan untuk menghantar laporan aktiviti kepada perbadanan perpustakaan awam negeri perak sahaja dan seboleh2nya tidak melibatkan multiply luar..harap maaf! |
 | Salam Aidilfitri....maaf zahir batin |
 | Para pembaca yang dirahmati Allah.... kami mengalu-alukan teguran dan nasihat daripada anda sekalian tentang perkhidmatan dan blog PD Bukit Merah... Cbox kami di >> http://pdbukitmerah.cbox.wsEmail >> pdkgbmerah@trglib.gov.my |
 | Assalamualaikum semua... terima kasih kerana mengunjungi blog PD bukit Merah.. Salam Maal Hijrah 1430H....moga kita sama2 dikurnia kasih sayang Allah di sepanjang hayat terkehadapan ini...
Kami amat mengalu2kan sebarang pertanyaan, cadangan, komen atau aduan dari para pengguna yang dirahmati Allah sekalian... sila tuliskan disini atau emelkan ke pdkgbmerah@trglib.gov.my
jazakallah khairan jaza...wassalam
Pen. Pegawai Perpustakaan -Nor- |
| |